Thursday, September 13, 2018

Anak - anak cikgu 3> [ 1 ]

hurgh

buku yang sarat. Sarat dengan isi tersirat tersulam seni bahasa si penulis.

Telefon di atas meja terus dicapai. Rehat

Menjadi adat orang melayu moden, berehat sebentar bersama telefon pintar. Sebentar yang akhirnya menyebabkan aktiviti utama tergendala.

' eh ada miscall '

Sudah terbiasa dengan mode silent. Lalu terpaksa mengorbankan kredit menelefon kembali mereka di hujung talian.

' Assalamualaikum. Siapa ni yer? Tadi ada call saya kan, maaf tak ter angkat. '

*sekali lagi, saya cuba berbudi bahasa, berbasa basi menjaga formaliti.

Ouh, saya bercakap dengan cik Nur Saadah Jusoh ye?

"Yer saya. "

Saya wakil dari PPD. Awak dah dapat kerja ke ?

" Belum encik."

Molek, kalini ada kosong di SK Bukit Tadok. Nok dok?

*ketahuilah bahawasanya orang teganu kalau dia tahu dia tengah bercakap dengan orang teganu maka dialek nya akan terus bertukar.

" Bukit Takdok? Mane tu cik, saya dok pernoh dengor agi. "

Hahaha Bukit Tadokk bukan takdok , alik telemong.

" Ouh, maaf maaf saya memang lost bab2 tempat ni. "

*yer, geografi dulu time PMR baru dapat A.

" Jauh tu, maaf cik."

Oke, doh kalau SK Cheting?

"Aduh cik, maaf saya takdok transport nok keje jauh ni. "

*Sedaya upaya, suara kecewa disorokkan. Terasa seakan menolak rezeki.

Oke, SK Sungai Berua?

" SK Sungai Beruaaa. Nok cik. nok."

Dari posisi baring, terus bangkit berdiri mendengar nama sekolah ini kembali bergema di telinga.

Abah, adah datang ni =')

Satu perasaan yang sulit digambarkan.

Walau hanya sebagai guru ganti, tapi di kawasan ini aku kembali membelek memori menjejak sejarah cikgu besar : abah. 

13 September 2018
2235 Malaysia
1835 Jordan

* Tarikh keramat 
13 September 2014, menjejak kan kaki di Jordan untuk degree
13 September 2018, mengheret kaki di Bangi untuk master