Monday, September 12, 2016

Alisya


"ibu, saya keluar dulu yerr assalamualaikumm" 

yeay, melangkah di pagi hari menuju ke bandar. Sejak 3 minggu kepulangan Alisya, ini kali ketiga dia melangkah keluar ke dari kawasan.

Bukan dikira perjanjian, tapi seakan sama-sama faham.Ibu berhak mendapatkan khidmat dari Alisya sementara cuti ini. Dan Alisya juga berhak meminta izin untuk keluar memenuhi keinginan diri. Senang =)

Give and take namanya. 

Jari rancak menari diatas keypad fon, jiwa melonjak gembira ingin bertemu rakan yang terpisah 3 tahun.

' Ah, anak muda jiwa muda segar bugar belaka cuma kesal banyaknya dibuang masa bersama gadjet' eh cakap dengan cermin ke lisya? eheh

Pacuan empat roda milik kakaknya tangkas membawanya sampai ke pintu hotel Felda Residence.

'Oit, awk duk tingkat berapa? '

aishh kemon anak muda, beradab sikit bercakap. lagi sekali bercakap dengan cermin ye lisya

tingtongg 

"Yallah, habibti sodiqoti ahlein ahlein" riuh si cenonet ni, tak ubah.

getus hati aih aku ke dia yang sudent jordan ni. Arabic habis mukaddimah pertemuan dia. 
aku arab pon tunggang langgang.

si cenonet murai dah bersiap nak turun mengajak Alisya berjalan keKampung Cina, di Kuala.

Mak aihh, jauh kann dari sini.Plus, jalan ke sana pon aku tak tahu.
Acah2 macam tak biasa je Alisya  ni berjalan jauh-jauh kan? 
Malu je tuan rumah tak kenal negeri sendiri. Bukan dulu berangan nak jadi pekerja syarikat tourguide part translator ke? Pehpehh berangan nye Lisya oi.

Bersembang tak sedar hal keliling, memang perangai perempuan gamaknya.

Dari hal throwback, isu junior sekolah, update kawan2, sharing pasal course field, kemuncak yang makan ber jam2 nya isu politik. 

Baru sedar, zaman sekolah dulu si cenonet bukan peng update politik tapi sekarang macam dah kalah pengkritik otai. Haha people do change kay Alisya.

Tengah sibuk berlari melintas jalan, datang seorang pemuda.
Alisya telan liur. Terlintas dihati, Hasbunallah wa nikmal wakil. Memohon pertolongan dari tuhan moga tiada yang buruk berlaku. Fitrah

" Dik, tolong saya. saya malu nak meminta tapi saya terpaksa. Saya dirompak, saya takde duit. Kami dari Perak. Perlukan lagi 40 ringgit duit untuk tiket dik. "

Alisya diam. 

'mana ade tiket balik perak RM50 je. dah la untuk dua penumpang'
'kemon bang, jangan tipu'

"Lisya, kalau nak selamat elok kite bagi je duit sikit, tapi ak baru nak gi draw"

'kalau tak bagi, mesti kne cucuk perut. takpon dia tarik je handbag kan'
'ntah2 teruk lagi dia ugut kan'

ehh otak tu jangan dzon (baca: bersangka) buruk lisya. Astaghfirullah puhh puhh gaya hembus syaitan gamaknya.

Purse dibuka, gulpp.

not oren sahaja not paling kecil jumlahnya.

RM20 berbaloi ke nak dikorban untuk brother yang tak dikenali ni. Banyak boleh guna tu.
Getus hati, berbolak balik tak keruan.

Nah bang, doakan saya dikurniakan hidayah. Kita sama2 dikurniakan dan dicerahkan jalan kebenaran ke arah tuhan bang.

Melangkah pergi, 

'takpe Lisya, tak mudah nak ikhlas dalam semua perkara'

atleast, di akhir drama tadi dia berusaha menghasilkan percikan teguran dalam diam buat diri dan abang peminta tadi.

Meredah pagi yang berjerebu, sesak nafas menghirup udara

Sampai di pintu Maybank. Ya tuhan, apa mereka tak punya usaha lain selain dari ini?
Mereka bukan cacat, masih mampu. Terus meminta tanpa usaha lain

Berdiri di tiap pintu bank, meminta serba sedikit sedekah dari yang lain.
Ahh lagi menyesakkan pagi Alisya memikirkan mereka. Mengapa tidak diikut langkah yang lain, menghasilkan duit dengan usaha lain.

Lagi kotor bila melihat ada yang menyuruh anak2 pesantren turun meminta sedekah di stesen minyak. Apa pemilik pesantren fikir, anak2 ini perlu diisi hidupnya dengan meminta dan terus meminta. 'kami mengajar anak2 pesantren berniaga seperti Rasulullah'

Gila.

Alisya menghirup udara, mengharapkan masih ada oxygen buat diri walau pedih dada dek nitrik oksida.


"Manusia, makin malas. segalanya mahu instant, laju. " ayat ibu kembali berdengung di fikiran.

Sudah lah manusia. cukup2 menjadi penunggang agama.
Bangun lah berusaha, berhenti meminta tanpa usaha.

"kamu mengeluh jangan seorang, bagi yang lain kesedaran. itu usaha kamu si anak muda Alisya"

baik, in sha Allah

Ihdina sirotal mustaqim.

Guide us to straight path Ya Allah.