Sunday, July 12, 2015

Jalan.

erm bismillah.

coretan yang terlintas dalam fikiran mase balik jalan kaki ke rumah tadi .

terserempak ngan kakak senior yang baru balik dari umrah . Alahmdulillah rezeki dia dapat jadi tetamu Allah di bulan Ramadhan nie.Katenya memang kat sana sekaarang panas. 
Angin nye panas.
Tapi alhamdulillah katenya Allah kurniakan dia kekuatan untuk beribadah, sihat tiada masalah dengan udara panas di sana sedangkan ada yang sampai takde suara.Demam
Well said , Allah yang beri kan segalaNya.


Maka bile dah selesai perbualan kami di tengah jalan tadi.Something across dalam mind ni.
Kan best camni, hari-hari kau di selangi dengan nama tuhan.
Jalan kita dipenuhi orang yang ingatkan kita tentang tuhan.
Perbualan yang ringan, santai tapi ada tuhan ditiap hujungnya.
Agar kita faham hidup ni tak lari dari bertuhan.Bersyukur atas segalanya pada Tuhan.
Bukan ke indah hari-hari kita yang diselit dosa andai ada yang menegur kita dijalanan mengingatkan kita bahawa kita punya tuhan ? *senyum nampak gusi .
 Bagi saya tersangat indah jalan yang dipenuhi dengan mereka yang bertuhan. "adehh ayat 
Sepertimana perbualan pendek bersama senior tu. Singkat.Simple.
 Tapi terasa ada ketenangan di hujung nya . :') 




Tapi andai kita terlalu sibuk dengan jalan ini ,
 jalan yang kita bilang punya rasa bertuhan tiap kali bersama mereka,disapa mereka. 
lalu bagaimana dengan jalan mereka yang tiada tuhan dalam hari-hari mereka?
bagaimana pula dengan jalan mereka yang nama tuhan saja sudah aneh di cuping telinga mereka?
heh?
andai kita terlalu obses merasa baik berada di atas jalan-jalan mereka yang bertuhan.
Siapa pula yang akan masuk di jalan mereka ini ?
Terkadang kita terasa indah di jalan mereka yang bertuhan ini.

cuba.
cuba kita melangkah masuk ke jalan mereka yang tidak bertuhan ini .
 bertuhan jua tapi membuta tuli tentang tuhannya, 
sedarkan mereka!
dalam masa kita cuba menyedarkan mereka tentang jalan bertuhan, 
saya pasti kita akan belajar banyak dari mereka.
kadang kita yang berlagak indah di jalan bertuhan ini lah yang buat mereka jelek dengan perkataan tuhan, ALLAH.
kerna hakikat nya kita ini yang menconteng arang pada Islam .
hakikat realiti .

Lihat saja hari ini , jalan orang yang bertuhan ini lah yang mula berpecah .

kau kafirkan aku . aku munafiqkan kamu.
andai idea mu lain dari aku.
jauh lha kamu dari aku.

sedarkan diri mu , sedarkan diri ku.

jalan mu jalan ku moga seiring .
jangan kerna kita, jalan cahaya Islam itu kian kelam.





Dear #ejensolehah(tiru gaya ayat syida) , rindu semua.Moga kepulanganku nanti tak sia2, rindu nak berceloteh.Andai kita masih di jalan yang sama,jangan lupakan daku dalam tiap doamu.Sungguh,hakikat belajar di kejauhan perlukan beribu kekuatan.takkan lokek namamu dalam doaku. :")



-0130am malaysia

-0830pm elkaraki

5 comments:

zakira afina said...

saadah :) hihi best gila lagu kupu-kupu cinta tuuuu. weh rindu awok. pulang malaysia cepat sikit. maaf salah silap.

d said...

where is elkaraki ?

saadah said...

Huhu best lagi klu zakira yg nyanyi 😂 sabau sabau sy masih countdown nih huhu

saadah said...

Elkaraki = karak.
Nama negeri. Mu'tah ni daerah dalam karak ni je 😁 hee

Mawaddah Mohammad said...

post awak kena sangat dengan apa yang saya rase sekaang (':