Wednesday, November 4, 2015
Beza yang Dulu dan yang Lama
bismillah.
sekarang fatrah imtihan (baca : exam) tapi otak bercabang dilema antara program, tanggungjawab , study. kadang perlu untuk kita tadhiyah kan diri untuk orang lain.tapi jangan sampai study pon kita ter tadhiyah.nauzubillah
Beza yang dulu dan yang sekarang?
apa yang lama?
apa yang sekarang?
kisahnya pendek.
dah dua minggu, setiap kali kelas nahu(2), kami hanya akan belajar hanya 30min atau 20min.
Durasi kelas yang yang sepatutnya 21jam jadi singkat.
kadang ada jugak terlintas "eish,doktor ni membebel apa sebenarnya? tak habis2 "
yer,setiap kali kelas.doktor akan masuk, pegang kitab syarah ibnu aqil , pegang kopi .
takde kopi tu maksudnya , doktor puasa kotye.tapi setakat ni masih setia dengan cawan kopinya.
Dengan penuh semangat, doktor cerita pasal kitab2.Dalam dua minggu ni rasanya dah banyak kitab yang disebut doktor. lagi hangat bila Muhammad( *classmate arab) tambah isi-isi kitab yang doktor cerita tu.pehh melopong je lah den.
sampai satu hari tu,doktor kata.
"kamu semua yang belajar zaman sekarang,dah lain.zaman aku dahulu setiap kitab yang doktor ceritakan akan aku salin tajuk nya nama pengarangnya. aku akan menabung duit,pergi Amman cari kitab tu.Kalau tiada duit, akan aku usahakan jumpa doktor minta untuk pinjam kitab dan taswir (baca:fotostat) . itu beza aku dan kamu. kesungguhan dengan ilmu"
subhanallah masa tu memang diam.kaku.
hanya sejuk mencengkam jiwa dan perasaan.
betul.tak dinafikan. doktor faiz yang mahir nahu.mampu menceritakan kitab-kitab syariah.
Wallahi itu beza kita.
Harini, sorang syeikh kabir di Jordan telah meninggal.
Alfatihah.
makin lama makin ramai fuqaha' agama yang meninggal.
lalu kamu?
masih mampu terlena tidak terasa mahu mengganti mereka?
wallahualam . =)
doakan.
exam lagi 5paper. ngee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Semoga Berjaya.. Fighting!!
Post a Comment