Tuesday, April 18, 2017

Ahhh Saadah! Dibalik rungutan wujud cinta Sang Tuhan

Berbulan sudah hujan melambai pergi. Sang Tuhan membuktikan rezqi dari langit nya melalui pelbagai cara. Kau lihat  saja di kiri dan kanan kita. Indah bukan? 

Hari- hari yang berlalu pergi meninggalkan diri terdiam lesu. Entah apa yang berlaku, tiada satu yang mampu aku berikan. Segalanya caca merba. Semua bagai ada yang tak kena.

Meluah? Bukan lagi cara pertama untuk aku. Setelah kepercayaan yang diberi dulu, kamu dan kamu melodeh tanpa segan. Meludah tanpa arah. Dan akhirnya aku di hujung terkesan tak tentu arah.


'Arghh. Give me a nice weekend pleasee'

Hati memberontak.
Menolak untuk menerima bahawa dalam waktu mu pasti ada hak mereka.

Terjun dari katil. Aku bersiap setengah jam sebelum. Ya, aku perlu bersedia untuk menampal segala keyakinan yang ada. Pemakaian, kekemasan semuanya seakan rasa dinilai. Kerana aku tahu, dihujung sana ada mata-mata yang diam memerhati memberi 1001 prasangka. Ahh teruknya Saadah

------------------------------------------------------------ 

"Saadah, kafe jom! "

'Jom! '

Aku menapak keluar menuju kafe.

"Eh tanak tunggu diorang ke? "

' Kita ada hak atas tiap saat yang kita. Dah, jom! '

Yer, perubahan setelah banyak waktu yang perlu aku korbankan. Menyantuni tiap-tiap 'anak-anak'. Meraikan kepelbagaian mereka. Menjaga tiap kebajikan mereka. Meredah sabar mencantas ego. Ah teruknya Saadah!


---------------------------------------------------------

"Saadah, doakan aku jadi jutawan sebelum 25 ehh "

Aku aminkan aje doa dia ni. Hampir tiap hari kalimah jutawan ni dia sebut.

dan aku? Masih merangkak menuju positif. Mencabar diri menyusun emosi.

Ahh banyak beda kita berdua.

---------------------------------------------------------

"Saadah, semalam masa saadah jumpa doktor betulkan markah. Diorang semua mengeluh pasal markah. Pakat tension. Bila aku diam. Aku bagitahu, kalau hampa tau kisah aku mesti hampa bersyukur "

Dalam sudut hati aku, memang. Dia kuat. Dia pernah gagal 3 subjek. Tapi dia terus bertahan. Hingga saat ini. tiada siapa yang maklum tentang kejatuhan dia. Kerna dalam diam, dia cuba bangun tanpa yang lain sedar. 

"Saadah, aku rasa aku tahu kenapa Allah uji aku ceni 

Sebab aku selalu mintak pada DIA  aku nak jadi jutawan. Aku minta perkara yang besar. Semestinya barang besar yang kita nak, kita nak bayar dan korbankan benda besarkan ? 

Aku mengeluh, aku bagitahu mama kenapa Allah uji aku dengan masalah pelajaran sedangkan aku dulu straight A's zaman sekolah. Aku tak bodoh, Saadah!

Mama diam je. Mama kata andai Allah bagi kita pilihan ujian apa yang kita nak hadapi, kita akan jawab apa? Sure kita akan jawab aku tak nak di uji! Kakak nak di uji hilang keluarga? Tak nak kan?

ingat, ALLAH bagi ujian yang setimpal dengan apa kelebihan kita "

"Doakan aku eh saadah! "

Senyum. 

Ahh Saadah! Apa kau lupaa cinta dari Sang Tuhan tersangat indah?

-------------------------------------------------------------------------

Tuhan,
ajarkan aku ikhlas
Ertikan pada aku kuasa kasih sayangMU.

" Saadah, ana yakin kita boleh. Ini antara lorong kecil menuju jalan yang pernah kita citakan. Ingat ?" 


:')

Doakan. Hidup ini pengajaran kekuatan buat kita. Moga kau kuat memujuk menilai kasih Tuhan di celah duri yang kau tanamkan.

Saadah Jusoh
0254am MAS
2154 JOD
*berkejaran pulang dari kejauhan, demi mereka. Melawan rasa demam. Tanpa sangka, merekah senyum untuk mereka. terima kasih :")

No comments: