Saturday, December 26, 2015


Jika tiada mentari mana bisa bulan sinari malam sepi.

Jika tiada DIA di hati mana mungkin aku bisa berdiri.

eceh intro acah puitis.


Bismillah.


Semalam ada yang bertanya


" Mana lebih seronok, mencintai atau dicintai ?"

" Mana lebih best, kita sayang orang atau orang sayang kita ? "

confirm lha dicintai. lagi best rasa dicintai dan disayangi ni.

daripada mencintai, ada risiko yang perlu kita letakkan yedok?


so macam tu jugak rasanya, bila kita tahu TUHAN sayangkan kita.

Alahh cliche ayat ceni.
cliche2 tak cliche, yang cliche ni lha orang tak ambil ihtimam (baca: penting ) *emoji kesat dahi

Tapi betul lah kan, tak cukup bahagia ke bila kau tahu DIA ada sayang kita?

Banyak kot ayat quran sebut Allah suka, Allah sayang.

Jangan malas belek Quran sobat. nah bagi contoh siket


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNYA dalam barisan yang teratur. [AsSaff: 14]


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat [ AlBaqarah: 222]


Senang je rupanya nak Allah sayang kita ni,wujudkan sifat-sifat tu.

kacang kan? yang payahnya nak istiqamah tu haaa.

Istiqamah ni pulak makna dia bukannya terus duduk buat kalau ada graf nya haa straight ajoo .bukan camtu sebenarnya, istiqamah ni perlu kita teruskan sesuatu tapi dalam masa yang sama tingkatkan sesuatu. faham? =) terus dan tingkatkan.


Musim study week ni lha semua benda rasa nak buat yedak ^^

Doakan. :')








Wednesday, November 4, 2015

Beza yang Dulu dan yang Lama


bismillah.
sekarang fatrah imtihan (baca : exam) tapi otak bercabang dilema antara program, tanggungjawab , study. kadang perlu untuk kita tadhiyah kan diri untuk orang lain.tapi jangan sampai study pon kita ter tadhiyah.nauzubillah

Beza yang dulu dan yang sekarang?
apa yang lama?
apa yang sekarang?

kisahnya pendek.
dah dua minggu, setiap kali kelas nahu(2), kami hanya akan belajar hanya 30min atau 20min.
Durasi kelas yang yang sepatutnya 21jam jadi singkat.
kadang ada jugak terlintas "eish,doktor ni membebel apa sebenarnya? tak habis2 "
yer,setiap kali kelas.doktor akan masuk, pegang kitab syarah ibnu aqil , pegang kopi .
takde kopi tu maksudnya , doktor puasa kotye.tapi setakat ni masih setia dengan cawan kopinya.
Dengan penuh semangat, doktor cerita pasal kitab2.Dalam dua minggu ni rasanya dah banyak kitab yang disebut doktor. lagi hangat bila Muhammad( *classmate arab) tambah isi-isi kitab yang doktor cerita tu.pehh melopong je lah den.

sampai satu hari tu,doktor kata.
"kamu semua yang belajar zaman sekarang,dah lain.zaman aku dahulu setiap kitab yang doktor ceritakan akan aku salin tajuk nya nama pengarangnya. aku akan menabung duit,pergi Amman cari kitab tu.Kalau tiada duit, akan aku usahakan jumpa doktor minta untuk pinjam kitab dan taswir (baca:fotostat) . itu beza aku dan kamu. kesungguhan dengan ilmu"

subhanallah masa tu memang diam.kaku.
hanya sejuk mencengkam jiwa dan perasaan.

betul.tak dinafikan. doktor faiz yang mahir nahu.mampu menceritakan kitab-kitab syariah.
Wallahi itu beza kita.

Harini, sorang syeikh kabir di Jordan telah meninggal.
Alfatihah.
makin lama makin ramai fuqaha' agama yang meninggal.
lalu kamu?
masih mampu terlena tidak terasa mahu mengganti mereka?

wallahualam . =)

doakan.
exam lagi 5paper. ngee



Monday, September 28, 2015

عشوائي

Bismillah.

peh tajuk ASHWAEI gitu bahasa arab nya dalam erti kata lain bahasa ibunda teranung kita,rawak.
Bahasa mok saya ajor,random. hiks

Sekadar bayangan sama-sama kita fikirkan , kalau kita tengah buat kerja dalam malap mula-mula mungkin wujud rasa tak selesa. ye lah kan sape je yang selesa nak buat kerja dalam malap tapi sebab malas, diteruskan je kerja tanpa cahaya. terus terusan selesa dengan kegelapan.

tapi tup tup ibu masuk bilik, on lampu bilik. haaa kan terang jadi bilik.
makin mudah nak buat kerja. yang silap boleh diperbetulkan bila ada cahaya.
kalau makan nasi lauk ikan, ada cahaya ni boleh la elak dari tertelan tulang ikan kan? hehh --

haiyaa thoyyib! 
there we go! ^^

analogi tadi brkait je sebenarnya dengan gaya hidup kita.
sometimes ada sesetengah keadaan tu mula2 kita kekok nak buat suatu benda tu (baca:dosa atau perkara yang mendekati dosa)
tapi kalau dah lama2 kita lekat jugak dalam malap dosa tu tanpa ada yang bantu buka kan lampu spotlight cahaya hidayah ilahi untuk kita atau KITA sendiri yang bangkit cari cahaya , bukan ke makin payah?  

so pesanan dari saya ostajah loqlaq ni (*emoji pakai tudung bertasbih)
sama-sama kita cuba.Cuba jangan bagi malap tu lama-lama dalam diri.
banyakkan zikir, QURAN.QURAN.QURAN

jangan tinggalkan .

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ٢٨

saya pernah terbaca dalam satu tafsir ni katanya alqulub itu milik orang yang beriman,yakni mu'min.
kerna hati orang kafir itu mana mungkin akan mendapat ketenangan atau ketenteraman.
wallahualam
maaf ler sebab saya bukan orang yang faqih bab2 tafsir.
tapi wallahi sangat2 best bila baca kitab tafseer ni.
banyak yang boleh kita dapat bila baca ktab tafseer ni, tafseer ibnu kathir, tafseer atthobari dan sebagainya.

wallahualam.
jaga hati jaga iman jaga aurat jaga martabat,kehh

menulis dalam keadaan adik bongsu intai2 nak link.


Sunday, July 19, 2015

EIDUL FITRI MUBARAK :)

Bismillah . 
harini dah hari raya ketiga.
kalau orang tanye " hows eid fitri ?"
Wallahi jawapan saya
 " alhamdulillah kullu quwayyis . Ramadhan kareem wa eiddul fitri helu"
(baca: alhamdulillah segalanya baik, ramdhan mulia meriah dan eidul fitri manis.ceria "


ape? --"

saadah tipu ?
dok lah . sungguh dok tipu .
betul la terselit la jugak rasa sedih bile tengok family bergabung meletop beraya makan lemang rendang buah durian . uhuks
masa videocall pon dah banjir sikit.
bayangkan videocall tengok2 ada orang yang kita tak pernah jumpa yang dah jadi part of our family.tak ke sebak nye jah oi ? =3


Ramadan kami terasa indah dengan kebaikan arab sekeliling 
yang tak jemu menjemput ke jamuan berbuka puasa.
boleh kire dengan jari je lha berapa kali dapur berasap ramadhan kali ni. ehheh


Sebab arab ni masing-masing kejar pahala di bulan ramdhan . 
kadang pernah juga aku terfikir ,arab ni ajak student malizi sampai 200 orang setiap hari.agak-agak yang 200orang ni doakan tak kesejahteraan keaikan atas pakcik tu? 
well, people nowadays . kurang nye memberi kembali dalam menerima. 
orang buat baik kat kita, kadang dia harapkan doa je dari kita . 
tapi ape yang kita bagi ntah .so maaf atas doa yang sering ku terlupakan semua. 

kadang terdetik juga , best nya kalau arab semua baik-baik camni tapiii ... -- ya salam bile yaumul eid mendatang . syaiton pon dah keluar. faham2 je lha keganasan yang berlaku sampai kami (baca:student malizi) terkena tempias nye sekali..kalau cerita nih, mahu kome geleng kepala dengar .extreme.rasa nak gi sekeh pon ada kata arab ni.ish2 istighfar nohhh moga selamat sahaja in sha ALLAH. :')



so hows eid?

eid fitri di perantauan ni nampaknya diserikan dengan open house kawan-kawan,senior-senior,teammate n etc. 
serious tak tipu, open house kami ni lagi banyak dari yang kat malaysia. 
sehari je dalam 6 jemputan rumah terbuka.makanannye pon tanak kalah.
macam-macam sampai balik je hamam tu beratur ambik queue . :3
 siap ada marhaban lagi dari team marhaban kat rumah-rumah terbuka tu.mantap!! 



sedih tengok mata sendiri. doc opto menanti :3



raya ke3 


Openhouse YT dan dar aisyah



Last one nye nak cakap , AKRAM dah tamat . alhamdulillah terima kasih untuk kenangan.bukan senang bekerja untuk orang lagi-lagi di bulan ramadhan. despite between banyak bnde.exam, kerja , rumah etc. terima kasih akram . terima kasih semua ahli akram . 
semoga Allah nilai usaha gerak kerja kita selama sebulan setengah yang lal


Add caption

Sunday, July 12, 2015

Jalan.

erm bismillah.

coretan yang terlintas dalam fikiran mase balik jalan kaki ke rumah tadi .

terserempak ngan kakak senior yang baru balik dari umrah . Alahmdulillah rezeki dia dapat jadi tetamu Allah di bulan Ramadhan nie.Katenya memang kat sana sekaarang panas. 
Angin nye panas.
Tapi alhamdulillah katenya Allah kurniakan dia kekuatan untuk beribadah, sihat tiada masalah dengan udara panas di sana sedangkan ada yang sampai takde suara.Demam
Well said , Allah yang beri kan segalaNya.


Maka bile dah selesai perbualan kami di tengah jalan tadi.Something across dalam mind ni.
Kan best camni, hari-hari kau di selangi dengan nama tuhan.
Jalan kita dipenuhi orang yang ingatkan kita tentang tuhan.
Perbualan yang ringan, santai tapi ada tuhan ditiap hujungnya.
Agar kita faham hidup ni tak lari dari bertuhan.Bersyukur atas segalanya pada Tuhan.
Bukan ke indah hari-hari kita yang diselit dosa andai ada yang menegur kita dijalanan mengingatkan kita bahawa kita punya tuhan ? *senyum nampak gusi .
 Bagi saya tersangat indah jalan yang dipenuhi dengan mereka yang bertuhan. "adehh ayat 
Sepertimana perbualan pendek bersama senior tu. Singkat.Simple.
 Tapi terasa ada ketenangan di hujung nya . :') 




Tapi andai kita terlalu sibuk dengan jalan ini ,
 jalan yang kita bilang punya rasa bertuhan tiap kali bersama mereka,disapa mereka. 
lalu bagaimana dengan jalan mereka yang tiada tuhan dalam hari-hari mereka?
bagaimana pula dengan jalan mereka yang nama tuhan saja sudah aneh di cuping telinga mereka?
heh?
andai kita terlalu obses merasa baik berada di atas jalan-jalan mereka yang bertuhan.
Siapa pula yang akan masuk di jalan mereka ini ?
Terkadang kita terasa indah di jalan mereka yang bertuhan ini.

cuba.
cuba kita melangkah masuk ke jalan mereka yang tidak bertuhan ini .
 bertuhan jua tapi membuta tuli tentang tuhannya, 
sedarkan mereka!
dalam masa kita cuba menyedarkan mereka tentang jalan bertuhan, 
saya pasti kita akan belajar banyak dari mereka.
kadang kita yang berlagak indah di jalan bertuhan ini lah yang buat mereka jelek dengan perkataan tuhan, ALLAH.
kerna hakikat nya kita ini yang menconteng arang pada Islam .
hakikat realiti .

Lihat saja hari ini , jalan orang yang bertuhan ini lah yang mula berpecah .

kau kafirkan aku . aku munafiqkan kamu.
andai idea mu lain dari aku.
jauh lha kamu dari aku.

sedarkan diri mu , sedarkan diri ku.

jalan mu jalan ku moga seiring .
jangan kerna kita, jalan cahaya Islam itu kian kelam.





Dear #ejensolehah(tiru gaya ayat syida) , rindu semua.Moga kepulanganku nanti tak sia2, rindu nak berceloteh.Andai kita masih di jalan yang sama,jangan lupakan daku dalam tiap doamu.Sungguh,hakikat belajar di kejauhan perlukan beribu kekuatan.takkan lokek namamu dalam doaku. :")



-0130am malaysia

-0830pm elkaraki

Saturday, May 23, 2015

ARAB OH ARAB 2.0

Bismillah .
Assalamualaikum sedara . sekarang baru aku paham kenape la blogger yang ni tak update blog depa . haha M A L A S
erm tapi sebenarnya aku lha tu yang malas . heeee *emoji monyet suke tutup mulut

setelah berkulat janji nak cerita susulan pasal cerita arab yang suka ambik buku pastu buat ala2 permaidani gitu lapik punggung kat tepi tangga , bangku n etc.

ok . ehemm *betulkan tudung siket nak bercerita nih .

take note please cerita ni susulan ARAB OH ARAB 1.0 .

pada suatu hari , kirah ganu ngan dayah penang duk bersembang ngan marrah ( arab classmate depa )  .
Mase nok duduk kat bangku tu marrah bagi buku dye untuk jadi pelapik dayah . dayah senyum , geleng menolak dengan penuh sopan dan beradab. dok tau gane tetiba lepas tu boleh timbul isu ni kirah g tanye marrah bakpe "sekmu ni suke duduk atas buku ea?"

muke marrah jelas memang napok ah kejjuk oa . marrah senyum pastu ye kabo " sebab berhabuk , nanti baju kotor "
*nampak tak kat sini arab ni sebenarnya SUKE AKAN KEBERSIHAN  benonye .

kirah kate lagi " tapi kalau kami , beradab ngan ilmu tu perlu . tu kan buku yang kiter gune wak belajo. ada ilmu "

marrah diam sengih je . Tapi marrah still dengan pegangan dye yang diorang arab ni guna buku untuk lapik nuka sebab dok beradab tapi KOTOR. baju kekgy jadi berhabuk . well memang takleh nafi yang memang bumi jordan ni banyok habuk , especially perkampungan mu'tah ni . heeee *emoji senyum nampak gigi

so . kisah haritu tamat di situ .
burung-burung berkicauan meriangkan lagi hari arab-arab yang berkelah di bawah pokok-pokok tepi kolam .







pada suatu hari yang berikutnya .
Dayah duk belajo ngan marrah madah masodir dirasiy allughawi wal adabiy . cehh pergh kan bunyi subjek kitorang ? pergh nye nama seiring dengan pergh nya soalan exam . haha k sambung drama

lepas siap depa study , marroh tetibe nampok berair je mata .

marrah : hidayah , aku sedih .
dayah   : kenapa marrah ? ak ada bwt salah ke?
marrah  : tak . tapi ak sedih bila ingat apa yang kamu ngan syakirah cakap haritu .
dayah    : ?? krikkrikk
marrah   : aritu kamu ada tanyakan soal buku dan adab kami dengan buku . kamu kena faham yang tak semua arab tak beradab ngan                     buku . tak semua arab yang tak ihtiram ilmu .
dayah    : tapi aku tengok ramai je arab yang duduk atas buku .
marrah   : yer , aku akui .hakikatnya memang majoriti arab gunekan buku sebagai pelapik untuk duduk . tapi , DUDUK ATAS                             BUKU TAK BERMAKNA KAMI TAK IHTIRAM ILMU . hatta aku sekali pon duduk atas buku tak bererti aku tak                            ihtiram ilmu .
marrah   : kalau kami tak lapik dengan buku , apalagi yang ada untuk kami guna .

--" ... krik krik

dayah    : erm maaf marrah . kami tak bermaksud nak kate arab ni semua kurang ajar , tak beradab , tak hormat ilmu . cuma tu lha ,                           kecewa . maaf marrrah =(
marrah   : takper , cuma jangan hukum kami semua tak beradab hanya kerna tu .


--------- dayah kembali ke realiti surau syariah yang bising ibarat pasar ikan ---------------------



so , gane nih ? masing punye pendapat masing ..
lontarkan pendapat . ambik ibrah .




saadah takkan tulis pendapat dia sebab dia MALAS nak taip panjang2 membebel macam macik2 . haha

* susunan ayat perbualan tu tak 100% sama . sebab dah berzaman kuno dayah cerita kat aku pasal ni. heee

*perbualan antara dayah , syakirah ngan marrah is fully in arab , sebab tu banyak bnde yang kami tak puas hati nak persolkan balik pada marrah tapi atas alasan kami dok mahir b.arab so camtu lha jadinye . adoiii malu =3

*JANGAN INGAT POST AKU PASAL ARAB NI ENANDAKAN ARAB NI JAHAT . SEBAB AKU DUK NEGARA ARAB AKU SHARE LHA APSAL ARAB KAN =3

* OK LHA NAK BAGI FAIR AND SQUARE NEXT2 POST IN SHA ALLAH AKAN WUJUD PASAL BAIK NYA ARAB NIH . =)


Salam sehangat soifi ~

-2.40pm JORDAN
-7.40pm MALAYSIA 

Wednesday, April 1, 2015

Arab oh arab 1.0

bismillah . ☺☺☺
Ni cerite dua minggu lepas . Xdang nk post kt belog so share kt fb je 
So copy paste balik letaknkat sini sebab mk tulis next post rentetan isu ni 
Dalam perjalanan ke maktabah ter dengar terlihat adegan dua wanita arab bawah pokok.
Si A ingin duduk sambil mencampakkan buku durusiah sebagai pelapik untuk duduk berkelah.
Si B terkejut. "!! لا ، حرام " di jeritnya pada si A.
Si B peluk bukunya  :)
Akhirnya mereka berlalu , cari bangku yang bersih .
Kali pertama tengok arab ihtiram buku   ihtiram ilmu  . 
Kagum tengok si A yang mampu menerima nasihat dari si B walaupon dengan suara yang 'aliyy gitu teguran nye .
Bak kata pepatah saya sendiri  "pada sesikat pisang yang buruk tu pasti ada juga pisang yang cantik . "
Terlintas juga andai kiter si malizi mampu influence mereka dalam hal adab dan ihtiram ni.
Mungkin boleh di lakonkan dalam kelas depan arab antara sesama kita . Kerna saya percaya arab jenisnye eager to know . Tahap curiousity arab tinggi .
Tak cuba tak tahu kan? 
Teruknya mereka terpalit juga pada kita .
Baiknya mereka terpalit jua pada kita .
Kerna kita , satu agama .
Tuhan yang sama .
Bawa satu nama.
ISLAM 
---next post sambungan rentetan isu ---







Wednesday, January 14, 2015

Sebening kasih salju =)

Bismillah . fuhhh lame dak menulis nyer haaa ..

well fatrah imtihan vs salji .

so update kali nih nak citer al salji lah kan ?

ramai yang tanye , sejuk ke adah ?  tahan ker ? best tak men salji ? cane nk solat , sentuh air , sejuk kott .. haha

oke so meh nak citer . memang sejuk .sejuk sangat . Tapi alhamdulillah lha kan ada cadar eletrik ,
sakhonah ( heater untur air panas kat toilet ) . memang best lah kan men salji , lagi-lagi tahun satu ni . =D tapi dalam gembira tu ada perit nya , exam tangguh ,tangan bengkak2 sebab pedih duk maen salji . gemok sebab banyak sangat ,makan perut selalu lapor . haha k lawak hambar .. hihiiii






[ TADABBUR SALJI ]

 " Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) AIS dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.".


Dalam gumbira2 main salji nih teringat pesanan doc azzam mase fiqh shittak aritu .
antaranya nye lah , ni pon copy note senior je . ngantuk xlarat nk memanjang benor .



 1) Hujan adalah dalil qudrah/kekuatan Allah
- Hujan boleh jadi turunnya rahmat Allah
- Hujan juga boleh jadi turunnya azab Allah 2) Hujan nie adalah tentera Allah iaitu menjadi tentera Allah ketika Allah hendak mengazab sesuatu kaum spt kaum Nabi Nuh
3) Dalam pada Allah turunkan hujan/salji nie Allah nak tarbiyah kita
- Allah nak ajar kita syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, Kita perlu positif dan bersyukur ats syita yg Allah trunkan sbb Allah takdirkan ssuatu pasti ada hikmah disebaliknya, walaupun dalam masa yang sama kita agk sukar mnerima syita...huhu...trima la ia dgn syukur kpd Allah
- Tafakkur akan qudrah Allah
- Ramalan cuaca perlu sebut bi masyi'atillah dengan kehendak Allah...bukan 100% ramalan cuaca betul
- Tarbiyah kita sabar dalam menempuh kesukaran
- Allah nak ajar bahawa di dunia ini tiada yang kekal kerana bila musim sejuk habis tiba pula musim bunga kmudian musim panas n kemudian musim luruh, masa yg kita ada tidak akan berulang kembali sama spt musim juga, tiada yang kekal..dari situ Allah nak kita bertaubat dan bt kebaikan dan manfaatkn masa sebaiknya
- Allah ingin tarbiyah kita untuk pandai uruskan masa dan diri dlm semua keadaan yang berbeza
- Yang paling penting skli point dr...hujan/salji akn mmberi effect yg besar bila trun skali banyak...secara brkumpulan...bila trun rintik2 xde effect yg besar...
Jadi begitu juga dgn kita...kita sbagai manusia begitu penting untuk berada dalam satu kumpulan yang baik..untuk memberi effect baik yang besar bt ummat islam...kerana jika kita melakukan seorang atau tiada berkumpulan..effectnya mgkin akan kecil boleh jadi juga tiada effect.."begitu penting nya berkumpulan" kat guru ku itu...







so back to the story  yer . =)
hari pertama salji turun renyai-renyai jah . tu pon menjerit sakan excited nyer kiter hihi *emoji tutup mulut 
hari kedua pon renyai2 pastu cair .



Masuk hari ketiga je subhannallah dye punye lebat tu tebal menebal sampai ke petang salji turun tak henti . 












acah acah candid dengan kak arwa housemate calon isteri solehah hihiii






Bakar n amir , budak arab yang sanggup tolong buatkan snowman tuk kitorang . gentle gituu cett


#akhawatwayfarer 






tak sempat gi jamiahh nak shootingggg TT sadisss . huhu ni gambar nuha bagi .canteq scene kat jamiah



k . Doakan kitorang tengah exam nihhh  .
salamullahi'alaikum ..

-1128 jordan
-1728 malaysia


cc : fotografi us hanif  :)