Monday, September 12, 2016

Alisya


"ibu, saya keluar dulu yerr assalamualaikumm" 

yeay, melangkah di pagi hari menuju ke bandar. Sejak 3 minggu kepulangan Alisya, ini kali ketiga dia melangkah keluar ke dari kawasan.

Bukan dikira perjanjian, tapi seakan sama-sama faham.Ibu berhak mendapatkan khidmat dari Alisya sementara cuti ini. Dan Alisya juga berhak meminta izin untuk keluar memenuhi keinginan diri. Senang =)

Give and take namanya. 

Jari rancak menari diatas keypad fon, jiwa melonjak gembira ingin bertemu rakan yang terpisah 3 tahun.

' Ah, anak muda jiwa muda segar bugar belaka cuma kesal banyaknya dibuang masa bersama gadjet' eh cakap dengan cermin ke lisya? eheh

Pacuan empat roda milik kakaknya tangkas membawanya sampai ke pintu hotel Felda Residence.

'Oit, awk duk tingkat berapa? '

aishh kemon anak muda, beradab sikit bercakap. lagi sekali bercakap dengan cermin ye lisya

tingtongg 

"Yallah, habibti sodiqoti ahlein ahlein" riuh si cenonet ni, tak ubah.

getus hati aih aku ke dia yang sudent jordan ni. Arabic habis mukaddimah pertemuan dia. 
aku arab pon tunggang langgang.

si cenonet murai dah bersiap nak turun mengajak Alisya berjalan keKampung Cina, di Kuala.

Mak aihh, jauh kann dari sini.Plus, jalan ke sana pon aku tak tahu.
Acah2 macam tak biasa je Alisya  ni berjalan jauh-jauh kan? 
Malu je tuan rumah tak kenal negeri sendiri. Bukan dulu berangan nak jadi pekerja syarikat tourguide part translator ke? Pehpehh berangan nye Lisya oi.

Bersembang tak sedar hal keliling, memang perangai perempuan gamaknya.

Dari hal throwback, isu junior sekolah, update kawan2, sharing pasal course field, kemuncak yang makan ber jam2 nya isu politik. 

Baru sedar, zaman sekolah dulu si cenonet bukan peng update politik tapi sekarang macam dah kalah pengkritik otai. Haha people do change kay Alisya.

Tengah sibuk berlari melintas jalan, datang seorang pemuda.
Alisya telan liur. Terlintas dihati, Hasbunallah wa nikmal wakil. Memohon pertolongan dari tuhan moga tiada yang buruk berlaku. Fitrah

" Dik, tolong saya. saya malu nak meminta tapi saya terpaksa. Saya dirompak, saya takde duit. Kami dari Perak. Perlukan lagi 40 ringgit duit untuk tiket dik. "

Alisya diam. 

'mana ade tiket balik perak RM50 je. dah la untuk dua penumpang'
'kemon bang, jangan tipu'

"Lisya, kalau nak selamat elok kite bagi je duit sikit, tapi ak baru nak gi draw"

'kalau tak bagi, mesti kne cucuk perut. takpon dia tarik je handbag kan'
'ntah2 teruk lagi dia ugut kan'

ehh otak tu jangan dzon (baca: bersangka) buruk lisya. Astaghfirullah puhh puhh gaya hembus syaitan gamaknya.

Purse dibuka, gulpp.

not oren sahaja not paling kecil jumlahnya.

RM20 berbaloi ke nak dikorban untuk brother yang tak dikenali ni. Banyak boleh guna tu.
Getus hati, berbolak balik tak keruan.

Nah bang, doakan saya dikurniakan hidayah. Kita sama2 dikurniakan dan dicerahkan jalan kebenaran ke arah tuhan bang.

Melangkah pergi, 

'takpe Lisya, tak mudah nak ikhlas dalam semua perkara'

atleast, di akhir drama tadi dia berusaha menghasilkan percikan teguran dalam diam buat diri dan abang peminta tadi.

Meredah pagi yang berjerebu, sesak nafas menghirup udara

Sampai di pintu Maybank. Ya tuhan, apa mereka tak punya usaha lain selain dari ini?
Mereka bukan cacat, masih mampu. Terus meminta tanpa usaha lain

Berdiri di tiap pintu bank, meminta serba sedikit sedekah dari yang lain.
Ahh lagi menyesakkan pagi Alisya memikirkan mereka. Mengapa tidak diikut langkah yang lain, menghasilkan duit dengan usaha lain.

Lagi kotor bila melihat ada yang menyuruh anak2 pesantren turun meminta sedekah di stesen minyak. Apa pemilik pesantren fikir, anak2 ini perlu diisi hidupnya dengan meminta dan terus meminta. 'kami mengajar anak2 pesantren berniaga seperti Rasulullah'

Gila.

Alisya menghirup udara, mengharapkan masih ada oxygen buat diri walau pedih dada dek nitrik oksida.


"Manusia, makin malas. segalanya mahu instant, laju. " ayat ibu kembali berdengung di fikiran.

Sudah lah manusia. cukup2 menjadi penunggang agama.
Bangun lah berusaha, berhenti meminta tanpa usaha.

"kamu mengeluh jangan seorang, bagi yang lain kesedaran. itu usaha kamu si anak muda Alisya"

baik, in sha Allah

Ihdina sirotal mustaqim.

Guide us to straight path Ya Allah. 




Tuesday, May 3, 2016

Sungguh kematian itu menjentik jiwa

Bismillah.
3 MAY 2016.

Kami kehilangan murobbi, musyrif, ustaz terbaik kami. Arwah ustaz ruhaidi.
Bukanlah tuntutan Islam untuk kita melalak meratapi pemergian dan menyebut kematian si mati.
Tapi sungguh, aku sendiri kelu dan sedih atas pemergian ustaz.

Saat twitter dipenuhi dengan khabar pemergian ustaz. tiba-tiba singgah di DM(direct massage) dari seorang bekas guru ganti disekolah kami.


Sungguh, tak henti tangisan saya saat ticer katakan begitu. Sungguh terkadang perginya seseorang membuka mata kita.Menyedarkan kita.Kami maaruf cara ticer, gaya ticer di sekolah dulu. Kata ticer, arwah dan ustazah bukti orang agama yang tidak cepat menghukum dan menegur dalam kelembutan, Bercakap dan menegur penuh hikmah. Betul lah kata mereka, dakwah ini perlukan masa. Boleh saja, usaha dakwah kita ketika hidup hasilnya ketika kita pergi baru terasa hasilnya. Hamdalah ya Allah, Engkau jentik hati-hati ini.

Buat kawan-kawan, saat ini kita jatuh. Jatuh atas pemergian beliau. Tapi bukan kuasa kita melawan qada qadar dari DIA. Andai pemergian ini yang kita tangisi, berubahlah. Ada perkara yang kita jauh lari dari landasan yang kita bina dahulu. Andai sahaja kita mahu arwah bahagia di sana, kita lah antara wasilahnya. Amalkan ilmu dan nasihat yang telah arwah sampaikan. Wallahi, mana mungkin kita lupa insan ini.Nadi semangat dakwah buat kita.Berubah.Selagi tuhan kurniakan waktu, mengapa mesti kita mendustai waktu? Selagi diberikan ruang untuk berubah, untuk bertaubat,mengapa mesti kita menangguh? Wallahua'lam. 
Alfatihah arwah ustaz ruhaidi..

Friday, January 29, 2016

Abdullah , Abdul Rahman

AMARAN KERAS.
Post ni saya dah post di FB. cuma sengaja ditambah kat sini.
sekian.

Semalam hari ketiga di alharam.

membawa diri ke tingkat tiga tawaf.
doa saya dalam tawaf tika tu hanya dua.
moga tuhan saja yang tahu.

selesai melihat kumpulan manusia dari atas.
baru tersedar,hamba tuhan aku ini ramai.
kalau tawaf tika umrah ni sudah sesak, haji pula? mendesak-desak?
apa mungkin doa saya akan termakbul?
apa mungkin dalam bilangan hambaNYa yang ramai ini saya dipandangNYA ?

mengeluh.
membawa diri ke ruang masjid.
tiang sebagai port utama.
saya mula membelek mushaf.
masih lagi berfikir apa akan termakbul semua doa saya?
tangan berhenti di surah arrahman.
saya mulakan bacaan, surah arrahman

datang seorang perempuan arab berniqab bersama dua anaknya.
yang botak sibuk memerhati saya.
saya berhentikan saja surah arrahman dan bertanya kan namanya dalam bahasa arab.

" enti tehki arabi? wallahi? "
si adik di belakang menyapa saya dengan senyuman.

"wallahi naam.syuai2. darastu fil urdun"
yer,sikit2.aku belajar di jordan

perbualan kami kian rancak saat saya bertanyakan bahasa ammi (baca:pasar ) mesir. sehingga si ibu menyampuk
"anak-anak ku tak di ajar untuk bercakap ammi"

habis topik bahasa.

abdullah nama si botak, 8tahun .
abdul rahman, 6 tahun .

"enti tahfazin alquran?"
kau hafal quran.

saya diam.hanya segaris senyuman saya berikan.

rupanya abdullah tahu surah yang dibaca itu arrahman dan mushaf tak dibuka saat dibaca di belakang tiang. saya kelu.

"enta tahfazul quran? "
kau hafal quran,abdullah?

"naam. min albaqarah ilal imran"
yer dari baqarah ke imran. diambil nya quran saya, ditunjuk ke muka surat terakhir hafalan nya.

"wa abdul rahman,yahfaz suratul fatir"
abdul rahman pulak,baru start hafal surah alfatir.

semangat mereka menunjuk muka surat masing-masing. saya kagum terus bertanya bagaimana cara murajaah mereka.

si ibu selesai solat, terus ditegur nya abdullah.

"jangan riyak dengan hafalan mu abdullah "

si ibu menarik saya ke tepi.

"kamu hafizah? "

"ye,tapi aku bukan orang yang melazimi alquran. aku lupa quran" saya mengeluh.malu dengan diri.malu dengan mereka

"takpa.teruskan murojaah (baca:mengulang hafalan). pastikan dalam masa 30 hari habiskan 30juzuk murajaah.wajib! selesai.seterusnya, pastikan dalam masa dua minggu kamu selesai mengulang.wajib! selesai.dalam masa 7hari,pastikan 30juzuk kamu habiskan. "

latih diri singkatkan tempoh katanya.
teruskan dekatkan diri dengan tuhan.

saya diam. hanya "terimakasih " saya mampu ucapkan. beransur ke port saya.

si ibu menegur abdullah abdul rahman ambil quran mu.

saya menebuk abdullah ditengah-ditengah surah al rahman. lancar

abdul rahman tersenyum.saya katakan mahu mendengar bacaan surah alfatir nya. laju dia melarikan diri. malu

saya senyum. tuhan tunjukkan pada saya bahawa dia mendengar tiap-tiap doa hambaNYA :")

datang abdullah kembali dengan sehelai kertas.

"saadah, wargoh 'amal fi saudi"

dia tunjukkan pada saya sehelai kertas dari poketnya. rupanya itu merupakan kertas muhasabah amalan nya sepanjang di haramain.

1) tawaf dan umrah
2) alquran (hafaz @ tilawah )
3) zikir "lailaha illallah wahdahu la syarikalah" 100x
4) subhanallah 1000x
5) alhamdulillah 1000x
6) allahuakbar 1000x
7) selawat 1000x
8) hawqolah 1000x
9) istighfar 1000x
10)zikir pagi petang 33x setiap zikir
11) solat fardhu dan sunat
12) doa (diri, mama baba, muslimin )
13) mendengar cakap mama baba
14)main tab
15)selain yg diatas

"abdullah,kenapa ada pangkah di nombor 12? "

"naam,mama za'laaan"

sebelum solat asar, abdullah datang

"saadah,mama minta aku tasmi' bacaan fatir pada kamu selepas solat."

angguk.mama senyum meyakinkan aku.dekati orang yang melazimi quran,maka kamu akan terkena tempias nya. :')

kagum. kagum dengan kesungguhan si kecil
hebat cara didikan mama nya. melakukan persediaan sebelum membawa anak ke haramain.melatih anak beramal.

bukan membawa anak ke haramain semata selfie berlatarbelakang kan kaabah.
bukan semata kerna mahu menjaja anakku ini baik sudah dibawa ke mekah.

alaa takkan hanya sebab muhasabah amal ini dan hafalan quran ini je saadah rajin nak tulis memanjang di fb? 󾌴

herm. belum saya ceritakan lagi abdul rahman menegur makhraj huruf dhod saya. menceritakan tafsir surah.abdullah menyambung bacaan quran saya. abdullah menegur mereka yang kuat ketawa di masjid.

cadangnya nak cerita.tapi ayat saya tak sehebat cerita nya. 󾌱

sehari bersama mereka menyentap banyak perkara.

terimakasih tuhan.

Monday, January 18, 2016

Alhamdulillah



" Kenapa mesti bila kat sana kita gerun nak buat dosa, ibarat malaikat terasa. semuanya mahu baik baik saja. Jiwa meronta sayu mohon ampun dosa. Tapi bila bukan di sana, tak terasa takut nak buat dosa macam kat sane? Buat benda lagha pon rase biasa. "

Sentap. Masing- masing diam. Mencari kata jawapan.

"Mungkin kerana mindset? "


"Miracle? "

"Nope.Aku tak setuju"

" Surrounding influence ourself, maybe? "

" Erm..mungkin "

"Kerna Tuhan ada di sana? "


"uishh istighfar, Allah wujud bi la makan duh" 


haha daripada krik-krik , semua boleh gelak. masing-masing faham bukan maksud si dia untuk katakan tuhan hanya ada di sana.

" mungkin kerna Allah letakkan kemuliaan pada tempat tu. Tenang. Tengok manusia buat ibadah pon kita rasa berlumba nak buat ibadah" 


And for everyone (is) a direction - he turns towards it, so race (to) the good. Wherever that you will be will bring you (by) Allah together. Indeed, Allah (is) on every thing All-Powerful [2;148]

"Setuju! "

*masing-masing punya pandangan. nak setuju ke tak setuju itu lain hal. =')


Doakan. 
Moga diterima DIA.  Amiin =)

- 11.37am 
- Jordan