AMARAN KERAS.
Post ni saya dah post di FB. cuma sengaja ditambah kat sini.
sekian.
Semalam hari ketiga di alharam.
membawa diri ke tingkat tiga tawaf.
doa saya dalam tawaf tika tu hanya dua.
moga tuhan saja yang tahu.
selesai melihat kumpulan manusia dari atas.
baru tersedar,hamba tuhan aku ini ramai.
kalau tawaf tika umrah ni sudah sesak, haji pula? mendesak-desak?
apa mungkin doa saya akan termakbul?
apa mungkin dalam bilangan hambaNYa yang ramai ini saya dipandangNYA ?
mengeluh.
membawa diri ke ruang masjid.
tiang sebagai port utama.
saya mula membelek mushaf.
masih lagi berfikir apa akan termakbul semua doa saya?
tangan berhenti di surah arrahman.
saya mulakan bacaan, surah arrahman
datang seorang perempuan arab berniqab bersama dua anaknya.
yang botak sibuk memerhati saya.
saya berhentikan saja surah arrahman dan bertanya kan namanya dalam bahasa arab.
" enti tehki arabi? wallahi? "
si adik di belakang menyapa saya dengan senyuman.
"wallahi naam.syuai2. darastu fil urdun"
yer,sikit2.aku belajar di jordan
perbualan kami kian rancak saat saya bertanyakan bahasa ammi (baca:pasar ) mesir. sehingga si ibu menyampuk
"anak-anak ku tak di ajar untuk bercakap ammi"
habis topik bahasa.
abdullah nama si botak, 8tahun .
abdul rahman, 6 tahun .
"enti tahfazin alquran?"
kau hafal quran.
saya diam.hanya segaris senyuman saya berikan.
rupanya abdullah tahu surah yang dibaca itu arrahman dan mushaf tak dibuka saat dibaca di belakang tiang. saya kelu.
"enta tahfazul quran? "
kau hafal quran,abdullah?
"naam. min albaqarah ilal imran"
yer dari baqarah ke imran. diambil nya quran saya, ditunjuk ke muka surat terakhir hafalan nya.
"wa abdul rahman,yahfaz suratul fatir"
abdul rahman pulak,baru start hafal surah alfatir.
semangat mereka menunjuk muka surat masing-masing. saya kagum terus bertanya bagaimana cara murajaah mereka.
si ibu selesai solat, terus ditegur nya abdullah.
"jangan riyak dengan hafalan mu abdullah "
si ibu menarik saya ke tepi.
"kamu hafizah? "
"ye,tapi aku bukan orang yang melazimi alquran. aku lupa quran" saya mengeluh.malu dengan diri.malu dengan mereka
"takpa.teruskan murojaah (baca:mengulang hafalan). pastikan dalam masa 30 hari habiskan 30juzuk murajaah.wajib! selesai.seterusnya, pastikan dalam masa dua minggu kamu selesai mengulang.wajib! selesai.dalam masa 7hari,pastikan 30juzuk kamu habiskan. "
latih diri singkatkan tempoh katanya.
teruskan dekatkan diri dengan tuhan.
saya diam. hanya "terimakasih " saya mampu ucapkan. beransur ke port saya.
si ibu menegur abdullah abdul rahman ambil quran mu.
saya menebuk abdullah ditengah-ditengah surah al rahman. lancar
abdul rahman tersenyum.saya katakan mahu mendengar bacaan surah alfatir nya. laju dia melarikan diri. malu
saya senyum. tuhan tunjukkan pada saya bahawa dia mendengar tiap-tiap doa hambaNYA :")
datang abdullah kembali dengan sehelai kertas.
"saadah, wargoh 'amal fi saudi"
dia tunjukkan pada saya sehelai kertas dari poketnya. rupanya itu merupakan kertas muhasabah amalan nya sepanjang di haramain.
1) tawaf dan umrah
2) alquran (hafaz @ tilawah )
3) zikir "lailaha illallah wahdahu la syarikalah" 100x
4) subhanallah 1000x
5) alhamdulillah 1000x
6) allahuakbar 1000x
7) selawat 1000x
8) hawqolah 1000x
9) istighfar 1000x
10)zikir pagi petang 33x setiap zikir
11) solat fardhu dan sunat
12) doa (diri, mama baba, muslimin )
13) mendengar cakap mama baba
14)main tab
15)selain yg diatas
"abdullah,kenapa ada pangkah di nombor 12? "
"naam,mama za'laaan"
sebelum solat asar, abdullah datang
"saadah,mama minta aku tasmi' bacaan fatir pada kamu selepas solat."
angguk.mama senyum meyakinkan aku.dekati orang yang melazimi quran,maka kamu akan terkena tempias nya. :')
kagum. kagum dengan kesungguhan si kecil
hebat cara didikan mama nya. melakukan persediaan sebelum membawa anak ke haramain.melatih anak beramal.
bukan membawa anak ke haramain semata selfie berlatarbelakang kan kaabah.
bukan semata kerna mahu menjaja anakku ini baik sudah dibawa ke mekah.
alaa takkan hanya sebab muhasabah amal ini dan hafalan quran ini je saadah rajin nak tulis memanjang di fb?
herm. belum saya ceritakan lagi abdul rahman menegur makhraj huruf dhod saya. menceritakan tafsir surah.abdullah menyambung bacaan quran saya. abdullah menegur mereka yang kuat ketawa di masjid.
cadangnya nak cerita.tapi ayat saya tak sehebat cerita nya.
sehari bersama mereka menyentap banyak perkara.
terimakasih tuhan.
No comments:
Post a Comment